Blogger Widgets

BAB 40


Entah kenapa Ayuni merasakan dadanya tiba-tiba terasa amat berdebar-debar.  Apa yang dilakukan serba tidak kena.  Semenjak Taufik menyatakan hasrat untuk membawanya menemui orang tua Taufik, dia menjadi semakin tidak keruan.  Ayuni sendiri tidak tahu apa yang dibimbangkannya sangat.  Dia kerap menyoal dirinya sendiri.  Apakah keputusan yang diambilnya untuk menerima Taufik memang datang dari hatinya yang tulus ikhlas atau hanya sekadar ditunjangi perasaan belasnya kepada lelaki itu yang dilihatnya amat bersungguh-sungguh dan ikhlas inginkan dirinya.
“Tahulah orang tu nak jumpa bakal mak dan bapak mertua…takkanlah nervous sangat kot?”, sapa Hanis sambil menepuk bahu Aynuni dari belakang.
“Hanis??!!!...kau ni kan…Hishh!! Tak tahulah aku nak cakap apa lagi dengan kau ni…kenapa suka buat aku terperanjat?  Kau nak suruh aku keras kat sini baru kau nak puas hati?”, Ayuni meradang.  Sakit hatinya disergah begitu.  Dahlah hatinya dalam keadaan tidak keruan, Hanis pulak nak buat lawak bodoh!
“Weh…rilekslah…takkan tu pun nak marah?  Dah..dah…hilang nanti seri muka tu kang!”, Hanis membalas selamba. 
“Apahal kau ni Ayu?  Aku tengok semacam aje.  Apa lagi yang tak kena?  Sepatutnya kau happy sekarang ni sebab Encik Taufik dah buktikan yang dia memang serius dengan kau”, Hanis mreyambung kata-katanya lagi setelah melihat wajah Ayuni yang masih murung.  Kadang-kadang dia pun rasa pelik dengan sikap Ayuni.  Apa lagi yang Ayuni mahukan dalam hidupnya?  Kalau dialah yang berada di tempat Ayuni, sudah tentu dia akan merasa dialah gadis yang amat bertuah di dunia ini apabila diri dicintai dan dikasihi dengan sepenuh hati.
“Hanis….teruk sangat ke perangai aku ni?”, soal Ayuni tiba-tiba.
“Kenapa pulak kau tanya macam tu?”, balas Hanis pelik.
“Sebab aku rasa aku ni jahat sangat”, balas Ayuni pula.
“Ya Allah Ayu…apa yang kau merepek ni?  Jahat apanya pulak?  So far, aku rasa kaulah sahabat aku yang terbaik.  Ikhlas aku katakan yang kau ni memang terlalu baik Ayu.  Kenapa kau rasa macam tu?  Apa yang dah kau buat?”, jawab Hanis panjang lebar.
“Entahlah Hanis.  Aku tak tahu nak cakap macam mana.  Hanis….kalau aku cakap sesuatu dengan kau, kau marah tak?”, soal Ayuni.
“Apa dia?”
“Err…sebenarnya Hanis…aku…aku…tak pasti lagi dengan perasaan aku”, Ayuni teragak-agak ingin meluahkan isi hatinya kerana bimbang akan ditempelak oleh Hanis.
“Tak pasti dengan perasaan kau?  Perasaan apa pulak ni?”, Hanis semakin bingung dengan kelakukan Ayuni yang dilihatnya pelik itu.
“Hanis….sebenarnya macam ni…terus terang aku katakan yang aku sebenarnya tak pasti dengan perasaan aku terhadap Encik Taufik.  Aku keliru antara suka atau kesian”, Ayuni tunduk.  Bulat mata Hanis sebaik sahaja mendengar kata-kata Hanis.
“Ayu…apa maksud kau tak pasti?  Kalau kau tak pasti, habis selama ni hubungan kau dengan Taufik tu nak panggil apa? Kalau kau tak pasti, kenapa aku tengok kau layan Taufik bukan main baik lagi?   Ayu….jangan pulak kau just nak main-main aje!”, Hanis mula berang.
“Hanis….kau janganlah emo sangat pulak.  Sebab tu aku malas nak cerita dengan kau pasal Encik Taufik sebab kau mesti berpihak pada dia kan?  Kau dengar dulu apa aku nak cakap and please understand me”, rayu Ayuni.
“Ayu…ni bukan soal aku nak berpihak pada sesiapa.  Soalnya sekarang aku tahu kesungguhan dan keikhlasan Encik Taufik pada kau.  Ayu…aku peliklah dengan kau ni?  Apa lagi yang kau nak dalam hidup kau ni Ayu?  Kerjaya dah ada…boleh katakan semuanya kau ada tapi kenapa bila soal hati dan perasaan kau jadi terlalu keras macam ni?  Kau nak orang yang macam mana lagi?  Atau kau masih harapkan si Amir tu lagi?”, balas Hanis keras.
“Hanis!!…tolong jangan sebut nama jantan keparat tu lagi!”, bentak Ayuni.
See!!  Kau masih tak boleh lupakan dia kan?  kalau kau dah boleh buang dia dari ingatan kau, kau tak perlu nak menjerit macam ni bila aku sebut nama dia.  Ayu….please wake up!  Amir adalah masa silam kau!”, suara Hanis masih tinggi juga.
“Hanis…dia tak ada kena mengena dengan apa yang aku rasa sekarang ni!  Susahlah nak cakap dengan kau ni Hanis sebab kau memang tak akan faham!”, balas Ayuni lagi.  Sudah tentu Amir tiada kaitan langsung dengan apa yang dirasakan sekarang ini kerana punca utamanya adalah Hisyam tetapi mulutnya terlalu berat untuk meluahkan pada Hanis.  Nampaknya memang Taufik tidak memberitahu apa-apa mengenai Hisyam kepada Hanis.  Kalau tidak masakan Hanis menyangka bekas tunangnya menjadi punca kepada masalah Ayuni sekarang ini.
“Takpelah Hanis…just forget it!”, sambung Ayuni seraya bangun meninggalkan Hanis.
“Ayu…aku memang tak tahu apa yang bermain di fikiran kau.  Apa yang boleh aku cakap…itu pun kalau kau nak dengar… Encik Taufik memang ikhlas ingin jadikan kau isteri dia dan aku harap kau tak akan kecewakan dia.  Ayu….kau tak akan jumpa lagi lelaki seikhlas Encik Taufik!”, Hanis membalas dengan suara separuh menjerit apabila dilihat Ayuni tidak mengendahkan kata-katanya dan terus melangkah menuju ke biliknya.
Ayuni menghempas daun pintu biliknya.  Jeritan Hani situ dibiarkan bagai angin lalu sahaja.  Ayuni sudah mengagak akan reaksi Hanis apabila dia meluahkan hasrat hatinya mengenai hubungannya dengan Taufik.  Rasanya ingin sahaja dia menjerit sekuat hati bagi melepaskan apa yang sedang terbuku di hatinya.
 Semenjak Taufik meluahkan hasrat hatinya ingin membawa Ayuni berjumpa dengan keluarganya, dia semakin dihantui perasaan serba salah.  Dia memang benar-benar berada di persimpangan.  Hatinya semakin jadi tidak keruan setelah melakukan solat istikharah beberapa kali.  Walaupun dia telah memutuskan untuk menerima Taufik di dalam hidupnya, dia tetap memohon kepada Allah agar diberi petunjuk dan mengharapkan dia tidak salah membuat pilihan.  Tiada apa yang mustahil di dunia ini.  Segalanya berkemungkinan untuk berlaku.  Apa yang merungsingkannya kini adalah perasaannya setiap kali selesai menunaikan solat istikharah.  Ayuni akan merasai suatu perasaan yang aneh dan sukar untuk dirinya meluahkan kepada sesiapa pun termasuk orang tuanya dan juga Hanis dan yang pasti dia terus sahaja dihantui perasaan takut walaupun dia kurang pasti apa yang ditakutkannya.  Kadang-kadang dia terfikir, apakah maknanya perasaannya itu?  Atau ia hanya sekadar mainan perasaannnya?
Malam itu Ayuni memutuskan untuk terus melakukan solat istikharah.  Dia inginkan suatu kepastian.  Dia ingin memohon pada Allah agar diberi petunjuk akan maksud perasaannya itu.  Ayuni sedar, sepatutnya dia melakukan solat istikharah sebelum memberi kata putus kepada Taufik tetapi keadaan sudah jadi sebaliknya.  Dia hanya melakukan solat istikharah setelah kata putus diberikan kepada Taufik.  Bagaimana jika petunjuk yang diperolehi setelah melakukan solat itu tidak memihak kepada Taufik?  Mampukah dia untuk menolak Taufik yang baru sahaja cuba untuk diterimanya?  Malas untuk terus melayan perasaannya yang semakin tidak keruan, Ayuni segera mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat istikharah. 
“Ya Allah….bantulah hambaMu ini.  Aku benar-benar inginkan petunjukMu Ya Allah”, Ayuni berdoa dengan setulus hati sebaik sahaja selesai solat.
Terasa berat sekali beban perasaan yang terpaksa ditanggungnya itu.  Sangkanya, setelah dia memutuskan untuk menerima Taufik, maka dia akan mampu membuang perasaannya yang baru sahaja ingin berputik terhadap Hisyam, namun ternyata sangkaannya begitu meleset malahan perasaannya bertambah kuat terhadap lelaki itu apatah lagi setelah mendengar kata-kata akhir dari Hisyam semasa di pejabatnya tempoh hari, namun untuk dia meluahkan perasaannya sendiri terhadap Hisyam adalah suatu yang amat mustahil untuk berlaku.  Baginya biarlah Hisyam yang berteka-teki tentang perasaannya terhadap lelaki itu lagi pun dia tidak mahu jadi perempuan yang hanya mementingkan perasaannya sendiri dengan melukai hati orang lain.  Dia mesti berprinsip.  Sekali dia telah membuat keputusan, dia tidak akan menariknya balik hanya kerana untuk mendahului perasaannya sendiri melainkan sudah ketentuan dari NYA.
.  Keletihan fizikal dan mentalnya menghalang dia dari terus berfikiran rasional.  Dirinya cuba untuk berkongsi dengan sahabat baiknya, Hanis tetapi hasil perkongsian yang diperolehi tidak seperti yang diharapkannya.  Dalam keadaan kepalanya yang berserabut, entah bila Ayuni terlelap sebaik sahaja dia selesai menunaikan solat istikharah.

9 comments:

  1. sambung lagi...please..
    apakah nanti Ayuni dpt petunjuk lepas tunaikan solat istikharah kali ini...mesti Hisyam..
    dan apa yg akan di lakukan Ayuni nanti antara Hisyam dan Taufik..

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa da habis....bila nak dikeluarkn dlm versi cetak

    ReplyDelete
  3. Ada brp bab ni?buatlah secara ebook...sng utk fans novel bce kalau novel yg dijual dipasaran dh hbis...penggunaan ebook ini perlu diperluaskan oleh penulis novel..so hope boleh jadikan novel anda dlm bentuk ebook utk memudahkan pembaca..keep it up:-)

    ReplyDelete
  4. novel ni dah dikeluarkan belum? sebab saya slalu cari novel ini utk dibeli tpi xde.. ske novel ni.. :D

    ReplyDelete
  5. camner nga hisyam??? cepat sgt Ayuni nak kahwin....Ayuni blm tahu yg Taufik pernah berkahwin kan?

    ReplyDelete
  6. Lots of improvement dari bab sebelum ni..takde lah pening macam bab yanv lepas sebab bercampur dialog dalam satu perenggan..teruskan berkarya ye..just my two cents kalau boleh improve layout blog ni sebab tak mesra pembaca..susah nak baca dari bab ke bab..kalau ada archive senang sikit kot

    ReplyDelete
  7. shila: cepatla publish....lama sangat dok tunggu endingnya....

    ReplyDelete
  8. shila....dah diterbitkan belum? komen diatas tu semua tahun 2012 ....ke saya yang terlambat? Hu!hu! tak sabar nak tahu ending dia.......Hope si Ayuni pilih Hisyam la hendaknye ....Taufik mungkin jodoh dia dengan org lain.. He!He tak gitu shila?

    ReplyDelete
  9. cptnya sy abes membaca novel sis yg ni... hehehe... jalan ceritanya menarik... sy suka watak taufik tetapi taufik kena kurangkan sikap mendesak dia tu (mendesak ni pun sbb pengalaman dia yg lalu) dan buang sikap menjerit bila marah... sgt x suka... hisham tu pulak... byk kebetulan pulak dgn si ayu... biasa org kata ada jodoh... hehehe... tp kesian kan kt taufik.. bersusah payah dia nk dptkan cinta ayu... huhuhu... sis, novel ni dh terbit ke belum??? seksa jiwa raga sy nk tau ending citer ni... hewhewhew...

    ReplyDelete

HAKCIPTA TERPELIHARA: KARYA ANDAI ITU MILIKNYA ADALAH HAKMILIK ROSILA BT RAHMAN