Taufik memandu ke
arah bandaraya Johor Bahru. Dari gaya
pemanduan Taufik, dia kelihatan seperti sudah arif dengan selok-belok jalan di
bandaraya itu. Sungguh berkeyakinan dan
tidak teragak-agak langsung untuk ke sana sini, malahan dia lebih arif untuk
mencari short cut ke destinasi yang
ditujunya. Biasanya kalau bukan orang
tempatan, sudah tentulah agak susah memandu di tengah-tengah bandar Johor Bahru
yang sentiasa sesak. Ayuni sendiri tidak
tahu ke mana arah tuju Taufik kerana di sepanjang perjalanan Taufik hanya
membisu. Dia pun tidak berani untuk
bertanya kerana dia tahu jika dia silap bertanya, bila-bila masa sahaja Taufik
boleh menengkingnya seperti tadi.
Sebagai langkah keselamatan, lebih baik dia berdiam diri sahaja.
Lebih kurang setengah jam
perjalanan, akhirnya Taufik memakirkan kereta di tepi pantai Lido berhampiran
dengan Danga Bay. Tepat sangkaan
Ayuni. Ke mana lagilah hendak dituju
kalau berada di Johor Bahru ni? Sudah
tentulah ke Danga Bay tetapi Taufik tidak masuk ke kawasan Danga Bay sebaliknya
memilih untuk berhenti betul-betul di tepi pantai Lido. Mungkin dia hendak berbicang dengan lebih privacy.
Hari-hari minggu begini sudah tentu Danga Bay sesak dengan orang ramai
kerana itulah satu-satunya tempat yang sesuai untuk beriadah dan membawa
keluarga berehat-rehat di Johor Bahru ini.
Sesampainya mereka di situ, Taufik
hanya menyandarkan badannya di tempat duduk pemandu. Enjin kereta masih tidak dimatikan. Matanya tegak memandang ke hadapan sehingga dirasakan
boleh menembusi negara jiran, Singapura yang hanya dipisahkan oleh Tambak
Johor. Suasana hening seketika. Masing-masing membisu. Ayuni semakin resah apabila terus berada di
dalam situasi seperti itu, namun dia tidak berani untuk memulakan. Biarlah Taufik yang berbicara terlebih dahulu
kerana dia yang telah membawa Ayuni ke sini.
Sudah tentu ada sesuatu yang ingin dibicarakan kepadanya.
Setelah beberapa ketika membisu,
Taufik memulakan bicara. Dia memandang
Ayuni seketika. Nada suaranya kendur
sahaja. Dia mencapai tangan Ayuni dan
menggenggamnya. Dia terus menyuarakan hasrat hatinya yang telah
terpendam sekian lama. “Ayuni….saya dah
fikir semasak-masaknya. Hujung bulan ini
saya akan hantar rombongan meminang awak”.
Ayuni tersentak. Dia benar-benar
terkejut. Pertama disebabkan keberanian
Taufik menyentuhnya dan yang kedua kerana kata-kata Taufik. Walaupun dia cuba menarik tangannya tetapi
pegangan Taufik yang kejap menyebabkan dia tidak berdaya menghalang tindakan
Taufik.
“Encik Taufik….kenapa harus tergesa-gesa? Bukankah saya belum lagi beri apa-apa jawapan
tentang hubungan kita?”, soal Ayuni dengan agak berdebar. Dia tidak menduga sejauh itu tindakan
Taufik. “Saya tak perlukan jawapan awak
Ayuni…dan saya tak mahu menunggu lagi…sudah terlalu lama saya bersabar menunggu
jawapan awak tapi….awak tengok sendiri apa yang dah awak buat pada saya?”,balas
Taufik tinggi. Memang dia sudah hilang
sabar. Dia berusaha mengawal dirinya dari
memarahi Ayuni, tetapi bila mengingatkan keberanian Hisyam menyuarakan hasrat
hatinya pada Ayuni, dia tidak boleh bersabar lagi. Itu yang dia dapat dengar. Entah apa lagi yang telah Hisyam luahkan pada
Ayuni di belakangnya apatah lagi mengingatkan peristiwa Hisyam dan Ayuni
terperangkan di dalam lubang semalam.
Agak lama juga mereka terperangkap di situ. Mustahil Hisyam tidak meluahkan perasaannya.
“Apa yang saya dah buat?”, tanya
Ayuni berani. Dia perlu mempertahankan
dirinya. Dari cara Taufik bercakap,
seolah-olah dialah yang telah memikat Hisyam.
“Awak memang tak buat apa-apa Ayuni….tapi kenapa awak tak jawab soalan
Hisyam tadi?...atau memang awak pun dah sukakan dia kan?”,balas Taufik. Ayuni terdiam dengan tuduhan Taufik. Otaknya berputar ligat cuba mencari jawapan
yang terbaik tetapi entah kenapa dia tidak dapat berfikir. “Kenapa awak diam? Memang betulkan? Ayuni…saya nak tanya awak. Sudah berapa lama hubungan awak dan Hisyam?”,
Taufik semakin berang. Ayuni turut
bengang dengan semua tuduhan Taufik yang tidak berasas itu. Biarpun, jauh di sudut hatinya ada tersimpan
sedikit rasa suka terhadap Hisyam tetapi tidak sepatutnya Taufik menuduhnya
begitu. Ini sudah lebih!
“Encik Taufik…Encik tidak ada hak
untuk tuduh saya begitu. Apa yang encik
Taufik tahu tentang diri saya? Hanya kerana
saya tak membalas cinta Encik Taufik, senang-senang aje Encik Taufik nak tuduh
saya macam-macam?”, Ayuni semakin panas.
Menyesal pula rasanya kerana hanya mengikut kemahuan Taufik bagai lembu
dicucuk hidung. Ingatkan hendak
menyelesaikan masalah, makin tambah serabut adalah! “Saya bukan sengaja nak tuduh-tuduh awak
Ayuni tapi….memang semuanya berlaku depan mata saya. So…what
do you expect me to do? Tengok aje
drama awak dan Hisyam sambil tersenyum?”, suara Taufik masih tinggi. Memang dia benar-benar melepaskan
kemarahannya.
“Dahlah Encik Taufik!...kalau Encik
Taufik bawa saya datang ke sini hanya untuk menyakitkan hati saya, lebih baik
kita balik aje!...Saya dah letih ni….”, suara Ayuni separuh menjerit. Serentak dengan itu dia membuka pintu dan
cuba untuk keluar tetapi kecederaan yang dialaminya di kaki menyebabkan
pergerakannya terbatas. Taufik segera
menarik tangan Ayuni. Ayuni pula merentap tangannya. “Don’t
touch me!!” tengking Ayuni. Taufik
terpana dengan jeritan Ayuni. Gadis yang
selama ini cukup lembut di matanya, bertukar karakter kini. Air mata Ayuni tiba-tiba menjadi begitu murah. Dia cuba menahan tetapi empangan air matanya
pecah juga akhirnya. Hinanya rasa
diperlakukan begitu. Ayuni menganggap
Taufik sudah keterlaluan. Belum apa-apa
sudah melayannya begitu. Esok lusa entah
apa pula yang akan dibuatnya.
Melihatkan Ayuni mengalirkan air
mata, tiba-tiba timbul pula penyesalan di hati Taufik. Tidak sepatutnya dia melayan orang yang
dicintai dengan sepenuh hati sebegitu. Taufik
tidak berniat sama sekali untuk menyakiti hati Ayuni. Mana mungkin dia berbuat begitu tetapi rasa
takut akan kehilangan Ayuni, membuatkan dia hilang pertimbangan seketika. “Ayuni….i’m
so sorry. I did not mean to treat you so…. Ayuni…I really…really love you…and I don’t
want to lose you sayang”, Taufik cuba memujuk. Tangan Ayuni diraihnya lagi. Kali ini digenggam dan diciumnya walaupun
Ayuni berusaha untuk menarik kembali tangannya.
“Ayuni….please don’t do like this
to me…I appeal to you”, rayu Taufik lagi.
Ayuni dapat merasakan satu cecair
panas jatuh menitis ke atas tangannya. Ayuni
segera berpaling memandang Taufik kerana dari tadi dia hanya memandang ke luar
tingkap kereta. Ayuni terkedu apabila
melihatkan Taufik menitiskan air mata. Tidak
disangka seorang lelaki yang kelihatan tegas dan gagah mengalirkan air mata
kerananya. “Ayuni…saya sanggup lakukan
apa saja untuk awak. Saya nak awak tahu
yang saya memang benar-benar ikhlas cintakan awak. It’s
come from the bottom of my heart and
no matter what happens…I’ll always love you…always”, Taufik terus meluahkan
perasaannya. Hati perempuan Ayuni
tiba-tiba merasa amat tersentuh dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh
Taufik. Sekeras mana pun hatinya, tidak
sampai pula hatinya melihat Taufik begitu.
Bak kata pepatah sekeras-keras kerak nasi, direndam dengan air, lembut
juga akhirnya.
Ayuni terfikir seketika. Apa lagi yang dia mahu dalam hidup ini? Walaupun bukan dikategorikan mewah, tetapi
dia ada segala-galanya kecuali cinta. Jika
sudah ada lelaki yang begitu menyayangi dan mencintainya, apa lagi yang dicarinya? Tiba-tiba dia teringat kata-kata ibunya suatu
ketika dahulu. Carilah orang yang sayang
dan cintakan kita bukan kita yang sayang dan cintakan dia kerana rasa cinta
kita akan hadir juga akhirnya apabila kita sangat dicintai. Apa yang telah terjadi antaranya dan Amir
ialah kerana dia yang separuh nyawa menyintai dan menyayangi Amir sedangkan
Amir…..walaupun beribu kali Amir mengatakan cintakannya sepanjang masa mereka
bercinta dahulu, apa yang berlaku akhirnya telah pun terbukti.
Ayuni memberanikan diri membalas
pegangan Taufik. Kini, tangan kirinya
pula yang memegang tangan Taufik. Tangan
kanannya masih digenggam Taufik dengan kemas seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Taufik agak terperanjat dengan tindakan Ayuni
tetapi secara spontan kedua-dua tangannya pula beralih menggenggam kedua-dua
tangan Ayuni. “Encik Taufik…..betul ke awak
sangat mencintai saya?’. Taufik mengangguk. “Betul-betul ikhlas pada diri saya?”. Taufik mengangguk lagi. “Tidak akan sia-siakan diri saya?”. Taufik terus mengangguk kerana tiada kata
yang dapat disuarakan ketika itu. “Jika
benar apa yang Encik Taufik katakan pada saya ni….saya akan cuba untuk menerima
Encik Taufik….belajar untuk menyayangi dan mencintai Encik Taufik sebagaimana
Encik Taufik sayang dan cintakan saya…but
please give me some time. I will
try to love you…slowly”, luah Ayuni setelah berfikir seketika.
Tiada apa yang dapat menggambarkan
perasaan Taufik ketika itu. Dia benar-benar
gembira mendengar kata-kata Ayuni. “Betul
ni?”, Taufik masih tidak percaya. Ayuni mengangguk
sambil tersenyum. “Ya Allah…thanks a lot Ayuni…thank you very much…thank
you dear…I really appreciate it”, hanya itu yang mampu keluar dari mulut
Taufik. Allah telah memakbulkan doanya. “Sayang….apa yang boleh saya katakan sekarang
ini…saya berjanji untuk tidak mempersia-siakan peluang keemasan yang awak
berikan pada saya ni. Saya berjanji akan
membahagiakan awak. Insyallah..itu janji
saya”, luah Taufik bersungguh-sungguh. “Cuma satu yang minta”,sambung
Ayuni perlahan. “Apa dia sayang?”,balas
Taufik lembut walaupun hatinya agak berdebar-debar untuk mendengar apa yang
akan Ayuni katakan. “Tolong jangan marahkan
Encik Hisyam. Jangan bermusuh dengan dia. Saya minta Encik Taufik anggap sahaja Encik
Hisyam tidak pernah kata apa-apa pada saya.
Saya tak mahu Encik Taufik menggadaikan nilai persahabatan dengan Encik
Hisyam hanya kerana saya….boleh janji dengan saya?”, Ayuni
bersungguh-sungguh. Taufik akhirnya lega
setelah mendengar kata-kata Ayuni. Dia hanya
mengangguk tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya tidak pasti adakah dia boleh
memenuhi permintaan Ayuni. “Saya pun nak
minta sesuatu”, Taufik pula berkata. “Apa
dia?”,balas Ayuni. “Mulai hari ini,
tolong jangan panggil saya Encik Taufik….saya nak Ayuni panggil saya abang…boleh?”,
Taufik berjual beli. Ayuni berfikir. “Boleh tak?
Kalau tak boleh, saya pun tak boleh janji tak marahkan Encik Hisyam”,
Taufik seperti mengugut walaupun dengan nada bergurau. Akhirnya Ayuni terpaksa akur. Dia mengangguk tanda bersetuju. Taufik tersenyum puas.

ala,,,xkn ayuni ngn taufiq kowt,,,
ReplyDeletenk dia ngn hisyam,,,
huhuuhu,,
RaFn!a.....panjang lagi perjalanannya.....
ReplyDelete