Hari ini
hari pertama Ayuni memulakan tugas setelah lebih dua minggu berehat di
kampung. Dia seolah-olah mendapat
semangat baru. Cara dia disambut oleh
teman-teman sepejabat cukup mengharukannya.
Semua sibuk bertanyakan khabar Ayuni sampai naik letih mulutnya hendak
menjawab pertanyaan rakan-rakannya itu maklumlah semenjak Ayuni mengalami kemalangan
di Taman Negara Endau Rompin dahulu, mereka langsung tidak dapat khabar berita
dari Ayuni. Mujurlah Mastura yang
memberitahu keadaan Ayuni kepada teman-teman sepejabatnya. Sekurang-kurangnya mereka dapat tahu juga
perkembangan keadaan kesihatan Ayuni.
Tidak
ketinggalan juga ketuanya, Encik Shah Iskandar turut sama bertanya khabar
Ayuni.
“Macam
mana sekarang? Awak dah ok ke?”, soal
ketuanya sebaik sahaja ternampak Ayuni.
“Alhamdulillah Encik Shah…saya dah
sihat….kalau belum masakan saya ada di sini kan?”, Ayuni cuba untuk bergurau dengan
ketuanya. Encik Shah Iskandar hanya
tersenyum.
“Oh ye
Ayuni…hampir terlupa pulak saya. Encik
Hisyam call saya tadi. Katanya dia minta awak jumpa dia bila awak
masuk kerja. Ada hal penting katanya”,
ujar Encik Shah Iskandar.
“Encik
Hisyam nak jumpa saya? Ada apa hal
ye? Encik Shah tahu tak pasal apa?”,
soal Ayuni.
“Entahlah…saya
pun tak tahu. Dia tak pulak cakap pasal
apa cuma pesan minta awak jumpa dia…saya rasa eloklah awak jumpa dia sekarang
sebelum dia keluar…lately memang
nampak dia busy sikit…”,balas
ketuanya. Ayuni hanya mengangguk tanda
akur dengan arahan ketuanya. Di dalam
hati, Ayuni terus tertanya-tanya apakah tujuan Hisyam memanggilnya. Semenjak pulang dari rumahnya, memang Hisyam
langsung tidak pernah menghubunginya lagi.
Sebaik
sahaja keluar dari lif, hati Ayuni semakin berdebar-debar. Semakin menghampiri bilik bosnya, semakin
kuat pula degupan jantungnya. Ayuni
sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Mungkin kerana inilah kali pertama dia
bersemuka dengan Hisyam di pejabat semenjak Hisyam mengakui dia mulai menyukai
Ayuni semasa mereka terperangkap di dalam lubang tempoh hari.
“Masuk!”,
kedengaran suara Hisyam menyuruhnya masuk sebaik sahaja mendengar ketukan
pintu. Ayuni perlahan-lahan menolak
pintu bilik bosnya. Sebaik sahaja dia
masuk ke dalam, kelihatan Hisyam sedang khusyuk meneliti beberapa dokumen. Memang benarlah kata-kata ketuanya tadi yang
bosnya itu sedang sibuk sekarang ini.
Buktinya dia langsung tidak mengangkat mukanya walaupun Ayuni sudah pun
berdiri tegak di hadapannya.
“Assalamualaikum”,
Ayuni memberi salam apabila dilihatnya Hisyam begitu serius meneliti beberapa
fail di mejanya.
“Wa…alaikumsalam”, Hisyam tergamam seketika
sebaik sahaja dia mengangkat mukanya.
Tidak disangka kini gadis yang amat dirinduinya sedang berdiri di
hadapannya.
“Eh, Ayuni…maaflah saya tak sangka awak yang
masuk. I thought Puan Zura
tadi. Err….sila duduk”, Hisyam masih
lagi dalam keadaan gementar.
Entah
kenapa berhadapan dengan Ayuni kini membuatkan jiwanya jadi tidak keruan. Tanpa disedari dia sedang asyik merenung
Ayuni sehingga meresahkan Ayuni. Sebaik
tersedar dari perlakuannya, dia terus melemparkan soalan kepada Ayuni.
“Yes…what
can I do for you Ayuni?”, soal Hisyam untuk menutup keresahannya. Ayuni pelik dengan soalan Hisyam. Bukankah Hisyam yang hendak berjumpa
dengannya?
“Maaf Encik Hisyam…sebenarnya tadi Encik Shah
beritahu saya yang Encik Hisyam hendak berjumpa dengan saya. Sebab itulah saya datang ke sini”, terang
Ayuni.
“Oh ye…lupa pulak saya…err…sebenarnya saya nak
beri awak ni”, Hisyam kelihatan sedang mencari sesuatu. Akhirnya dia terjumpa dengan envelope yang dicarinya dan segera
menghulurkan kepada Ayuni. Ayuni
menyambutnya dengan teragak-agak. Apa
agaknya isi kandungan sampul surat itu?
“Bukalah”,
arah Hisyam apabila melihat Ayuni masih terus membelek-belek sampul surat
itu. Dengan cermat, Ayuni mengeluarkan
isi kandungan dari sampul surat itu.
Ayuni agak pelik apabila didapati ianya adalah sekeping cek.
“Cek apa ni Encik Hisyam?”, Tanya Ayuni
pelik. Memang dia tidak faham langsung
kenapa Hisyam memberikannya sekeping cek apatah lagi melihat jumlah yang
tertera pada cek itu agak besar jumlahnya.
“Cek tu sebenarnya dari pihak insuran. Memang pihak syarikat akan mengambil insuran
setiap kali menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan staf. So…cek
tu untuk awak sebagai gantirugi di atas kemalangan yang berlaku”, jelas
Hisyam. Ayuni hanya mengangguk. Barulah dia faham kenapa Hisyam memberikannya
cek itu.
“Err..tapi
jumlahnya banyak sangat ni Encik Hisyam”, Ayuni masih ragu-ragu.
“Ayuni…nilai
tu sebenarnya masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan kecederaan yang
terpaksa awak tanggung. Jumlah tu
berdasarkan polisi yang diambil oleh syarikat.
So pihak insuran yang telah
menetapkan nilai gantirugi…bukannya pihak syarikat. Awak terima ajelah. Memang itu hak awak”, terang Hisyam panjang
lebar.
“Macam mana kaki awak? Dah betul-betul ok ke?”, Hisyam bertanya
sambil berjalan ke arah Ayuni. Dengan
tidak disangka-sangka, Hisyam terus sahaja menyentuh kaki Ayuni untuk melihat
sendiri keadaan lukanya. Ayuni agak
tersentak dengan perlakuan Hisyam.
Hisyam terus sahaja melepaskan kaki Ayuni sebaik sahaja menyedari Ayuni
agak terkejut dengan perlakuannya.
“Err…maafkan saya Ayuni. Saya tak berniat apa-apa. Saya memang nak tengok sendiri kesan luka
awak tu. Tak perasan pulak sampai
terpegang kaki awak. Maafkan saya ye”,
ujar Hisyam dalam keadaan serba salah.
Dia malu sendiri akan perbuatannya.
Rasa ingin tahu yang terlalu mendalam menyebabkan dia bertindak di luar
kawalannya.
“it’s ok Encik Hisyam…Encik Hisyam pun
bukan sengaja kan?”, Ayuni juga dalam keadaan tidak keruan. Dia merasakan apa sahaja yang dilakukan saat
itu serba tidak kena.
Suasana
sunyi seketika.
“So how is your life now?”, Hisyam
bertanya dalam keadaan masih berdiri menghadap Ayuni dengan matanya merenung
tajam gadis itu. Tangannya diseluk ke
dalam poket seluarnya. Ayuni agak
tersentak dengan soalan yang diajukan oleh Hisyam. Dia tidak menjangkakan yang Hisyam akan
bertanya sesuatu yang bersifat peribadi ketika itu. Ayuni agak kurang jelas maksud soalan Hisyam
itu. Adakah Hisyam memang bertanya
tentang keadaan hidupnya kini atau bertujuan untuk memancing Ayuni
memberitahunya tentang hubungan Ayuni dan Taufik. Dia bimbang tersalah jawab.
“What do you mean?”, Ayuni memberanikan diri
untuk bertanya.
“You certainly know what I mean right?…Ayuni
are you happy now?”, Hisyam terus
ingin menduga Ayuni.
“Encik
Hisyam…I think now is not the appropriate
time to talk about this matter”, Ayuni cuba untuk mengakhiri perbualan
mereka. Nampaknya Hisyam berusaha untuk
mengetahui isi hati Ayuni. Dia memang
tidak boleh berlama-lamaan di situ, bimbang akan terus diasak dengan soalan
Hisyam yang tidak boleh dijangka.
“Encik
Hisyam…kalau takde apa-apa lagi, saya ingin minta diri dulu. Banyak kerja yang perlu saya bereskan
sekarang. Selepas bercuti panjang,
banyak sangat kerja saya yang dah tertangguh”, Ayuni cuba memberi alasan yang
munasabah agar dia boleh meninggalkan dengan segera tempat itu. Lebih tepat, sebenarnya Ayuni bimbang dengan
hatinya sendiri. Dia bimbang dia tidak
teguh dengan pendirian kerana ketika itu seolah-olah aura Hisyam dan dirinya
bersatu menjadi satu. Seperti ada
gelombang yang menghubungkan perasaan dua insan itu tetapi telah dihalang oleh
satu tembok pemisah dan Taufiklah tembok itu.
Tembok seteguh dinding konkrit ataupun kepingan plumbum kerana hanya ia
yang mampu menghalang pancaran sinar bersifat radioaktif iaitu gamma yang mempunyai
kuasa penembusan yang amat tinggi.
“Ayuni…one thing I want you to know is that I will
always be by your side…I will not betray anyone just to get you because I
believe if you are destined for me,it remains for me…” Hisyam menghantar
pemergian Ayuni dengan kata-kata yang cukup menyentap hati gadis itu. Walaupun Ayuni rasa seperti faham akan maksud
Hisyam, tapi dia masih samar-samar.
Argghh!!! Seksanya berada di dalam keadaan dilema begini.
Bagi Hisyam pula, dia rasa amat puas setelah
dapat meluahkan kata-kata yang terpendam sekian lama di lubuk hatinya. Prinsipnya mudah, tak perlu bergaduh, tak
perlu bermusuh hanya kerana ingin merebut hati seorang wanita kerana baginya
jika ia sudah ditakdirkan untuknya, pusing satu dunia pun tetap akan kembali
padanya jua dan jika bukan ditakdirkan untuknya, sudah dalam tangan pun akan
terlepas jua.
Ayuni
duduk termenung di ruang tempat duduknya.
Kata-kata Hisyam tadi telah menyentap semangat kerjanya. Cek yang baru diperolehi itu
dibelek-beleknya, namun jumlah yang tertera di atas cek itu langsung tidak
menarik perhatiannya. Fikirannya lebih
tertumpu kepada insiden sebentar tadi. Apakah
maksud akan kata-kata Hisyam itu tadi?
Satu amaran atau peringatan?
Entahlah. Mungkin ia boleh jadi
apa pun jua. Jika fikir positif,
positiflah jadinya. Oleh itu, don’t think too much Ayuni! Satu helah bela diri yang berkesan. “Lebih baik aku siapkan kerja yang dah
bertimbun-timbun ni cepat!”, getus hatinya.
Sedang
Ayuni leka menyiapkan kerjanya, tumpuannya agak terganggu dengan bunyi mesej
masuk ke telefon bimbitnya.
Salam. Sayang
tengah buat apa tu?
Ayuni sudah
dapat mengagak pasti Taufik yang menghantar mesej. Siapa lagi yang terlebih rajin menghantar
mesej kepadanya. Ayuni tidak pasti mesej
yang dihantar Taufik sama ada untuk bertanya atau sebenarnya hendak menyiasat
dirinya. Malas fikir panjang, Ayuni
balas juga mesej Taufik.
Salam. Tengah main bola. Penat sangat ni sebab baru je jaringkan gol
tadi.
“Hah…ambik
kau! Nak sangat tahu apa aku buat. Dah tentu time
kerja…apa lagi kerjalah!”, Ayuni bengang.
Taufik balas lagi.
Amboi! Sejak bila sayang abang ni pandai loya
buruk. Sampai hati tak ajak abang main
bola sekali ye!
“Si
Taufik ni kalau makin dilayan satu kerja pun tak jadi”, Ayuni membebel.
Sorry..just a joke. Tengah buat kerjalah..apalagi? Dah cuti lama
sangat kan…
Tiada sebarang
balasan mesej yang masuk. Ayuni lega. Bolehlah sambung kerja. Baru mula nak sambung kerja semula, telefon
bimbitnya berbunyi lagi. Satu lagi mesej
masuk. Hishh!! “Aku baling telefon ni kang!”, Ayuni
meradang. Dibiarkan sahaja mesej
itu. Malas nak layan. Ayuni sambung kerja lagi tapi hati bagai
digaru-garu ingin tahu kandungan mesej itu walaupun sudah tahu siapa
pengirimnya. Baru sahaja dia hendak
menekan butang mesej, telefon bimbitnya
berbunyi. Tertera nama Taufik di skrin
telefon bimbitnya. Dia segera menjawab.
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumsalam…hai,
sayang…busy ke?”, Taufik girang
tetapi Ayuni yang bengang. Sudah gaharu
cendana pula, sudah tahu gatal bertanya.
“Of courselah busy….abang kan tahu saya dah cuti panjang”, sengaja Ayuni menekan
suaranya.
“Sayang
marah ke? Tak suka ke abang call?”, Taufik jauh hati. Alamak! Merajuk pulak.
“Tak
marah…bukan tak suka abang call tapi
sekarang ni saya banyak kerja sangat…dah bertimbun fail atas meja ni! Belum kira lagi yang ada kat meja Encik
Shah. Silap-silap haribulan takut saya
kena stay buat overtime pulak ni”, Ayuni mengharapkan pengertian Taufik.
“ooo…ye
ke? Abang baru je nak ajak keluar dinner malam ni. Okey takpe nanti abang beritahu pada Encik
Shah jangan bagi sayang kerja banyak-banyak”, balas Taufik.
“Abang
jangan!...saya tak suka. Ini kan
tanggungjawab saya. Please don’t do that to me…”, Ayuni resah. Dia tidak suka Taufik mengarah
perkara-perkara seperti itu. Tidak kiralah
siapa pun. Lebih-lebih lagi kepada
ketuanya Encik Shah Iskandar.
“Don’t worry…just a joke okey. Tahu pun takut. Tadi bukan main lagi loya buruk dengan
bang. Abang tahu..abang tak akan buat
macam tu. So…malam ni memang tak bolehlah ye? Okeylah kita postpone malam esok ye!...okeylah abang
tak nak ganggu sayang buat kerja. See you tomorrow. Assalamualaikum…”, Taufik mengakhiri
perbualan.
“Waalaikumsalam….”
Ayuni menarik nafas lega.

shila dah diterbitkan belum novel nie ye? bestlah jalan cerita dia kenapa pulak shila ckp tak dapat sambutan......?
ReplyDeleteThanks Sarafina....
DeleteSbnrnya citer ni jg diminta oleh penerbit utk diterbitkn, cuma saya kesuntukan masa utk siapkan manuskripnya...
takpe.........biar lambat asalkan hasilnye bagus, tak sabar nak tunggu kesudahannye....biarlah ayuni ngan hisham baru best taufik tu macam scary je watak dia...
ReplyDelete