Selesai menunaikan
solat isyak, Ayuni segera bersiap. Taufik
akan datang menjemputnya sebentar lagi. Dia
malas untuk beria-ia bersiap. Cukuplah berpakaian
seadanya. Jika Taufk memang ikhlas
inginkan dirinya, pasti lelaki itu boleh menerima dirinya seadanya. Ayuni juga tidak mahu bersikap hipokrit. Dia mahu menunjukkan wajahnya yang sebenar tanpa
perlu berpura-pura.
Malam itu
Ayuni bergaya santai. Dia hanya
mengenakan jeans biru gelap, blouse putih dan tudung bercorak
hitam putih. Selesai bersiap, dia duduk
menunggu di ruang tamu sambil menonton televisyen. Hanis belum pulang lagi kerana terpaksa buat overtime. Hanis memang jarang membuat kerja lebih masa,
tetapi disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan dengan segera, dia terpaksa
juga membuat overtime.
Tepat waktu
yang dijanjikan, Taufik sampai di depan rumahnya. Ayuni segera keluar. Cepat dia keluar maka cepatlah dia dapat
pulang semula ke rumah. Sebolehnya dia
tidak mahu pulang lewat ke rumah kerana esok adalah hari bekerja. Taufik sudah sedia membukakan pintu kereta
untuk Ayuni. Dia melemparkan senyuman
kegembiraan sebaik sahaja Ayuni sampai di keretanya. Dia cukup senang dengan gaya Ayuni malam ini. Cukup santai dan simple tetapi tetap
menawan. Taufik mengakui memang Ayuni
tetap nampak cantik dan menawan dalam apa jua pakaian pun dan paling memikat
hatinya ialah Ayuni tidak berlebih-lebih apabila bersolek. Dia memang sukakan kecantikan asli
Ayuni. Natural beauty dan wajah
itulah yang membuatnya tidak lena tidur dan asyik terbayangkannya siang dan
malam.
“Assalamualaikum…”,
Ayuni menyapa sebaik sahaja dia sampai.
“Waalaikumsalam…sayang
nampak cantik. Silakan…”, Taufik sempat
memuji sambil mendepangkan tangannya persis putera raja yang sedang menjemput
tuan puterinya duduk.
“Terima
kasih…”, balas Ayuni dengan senyuman. Taufik
segera masuk ke dalam dan memulakan pemanduannya.
“Kita
nak ke mana ni?”, Ayuni memulakan bicara.
“Adalah…”,
balas Taufik pendek sambil melemparkan senyuman.
“Kalau
boleh janganlah pergi jauh sangat macam tempat hari tu. Saya malaslah.
Letih. Esok nak kerja lagi. Kita makan kat area sini ajelah”,
Ayuni menyuarakan kerisauannya. Dia bimbang
jika Taufik membawanya pergi ke tempat yang jauh. Dia malas hendak mendengar bebelan Hanis jika
dia pulang lewat. Dia hanya menghantar
mesej kepada Hanis tadi untuk memberitahu dia keluar dengan Taufik.
“Okeylah
dear. As you wish. Don’t worry. Just enjoy the night”, balas Taufik untuk
menghilangkan kerisauan gadis kesayangannya itu.
Taufik memakirkan
keretanya di kawasan parkir. Dia telah
memilih sebuah restoren yang agak eksklusif dan telah menempah meja untuk dua
orang. Langkah Ayuni terhenti. Dia tidak menyangka Taufik akan membawanya ke
restoren eksklusif kerana Taufik telah bejanji dengannya siang tadi hanya untuk
makan malam. Dia beranggapan taufik akan
membawanya ke tempat yang biasa-biasa sahaja.
“Kenapa
ni sayang?”, Taufik risau melihat riak wajah Ayuni.
“Kenapa
abang bawa saya ke restoren macam ni? Siang
tadi abang cakap nak makan-makan aje kan? sebab tu saya pakai simple aje. Saya malulah nak masuk dengan baju macam ni”,
balas Ayuni dengan nada penuh kerisauan.
“Laa….ingatkan
kenapa tadi. Siapa kata dressing
sayang tak cantik? Pada abang apa pun
sayang pakai, tetap sedap mata abang memandang sebab yang penting mata abang
bukan mata orang lain. Sayang…. I
love who you are. I really do. No matter what. So don’t worry. Just be yourself and enjoy our night ok. Dah…abang tak nak tengok sayang risau tak
tentu fasal. Jom masuk. Kata tadi nak balik awal kan? Lambat masuk lambat pulak balik nanti”, Taufik
cuba meyakinkan Ayuni.
Sebaik sahaja
mereka memasuki restoren itu, seorang pelayan telah sedia menunggu kehadiran
mereka. Pelayan itu segera membawa
mereka ke meja yang telah ditempah oleh Taufik. Agak romantik juga suasana di restoren ketika
itu. Ayuni tambah resah kerana dia
paling tidak gemar untuk berada pada situasi seperti sekarang ini. Sebolehnya dia mahu berada di dalam keadaan
santai dan tidak perlu terlalu berprotokol tetapi untuk tidak menghampakan
Taufik yang telah bersusah payah membuat tempahan, dia layankan juga. Tidak lama selepas itu, makanan yang dipesan
pun sampai. Tanpa banyak soal, dia terus
sahaja makan. Apatah lagi memang
perutnya sangat lapar kerana dia hanya makan tengahari di pejabat tadi. Taufik pun turut sama makan. Sesekali dia tersenyum melihat Ayuni makan. Memang gadis itu lapar nampaknya. Dia suka melihat Ayuni makan. Gadis itu benar-benar menikmati makanannya
tanpa malu-malu tidak seperti perempuan-perempuan lain yang pernah keluar makan
dengannya. Pura-pura malu ketika
makan. Makanan yang dipesan pun hanya
dimakan sedikit sahaja padahal sebenarnya memang sangat lapar. Hipokrit!
Selesai makan,
pelayan menghidangkan pula desert.
Ayuni tersandar kekenyangan. Matanya
mula layu. Jika dia berada di rumah
sekarang, waktu-waktu begini memang dia sudah mula melangkah ke bilik tidur. Sebab itu Ayuni jarang mengambil makanan berat
waktu malam kerana kelemahan dirinya adalah akan terus rasa mengantuk apabila
perutnya kenyang. Dah macam ular sawalah
pulak! Kalau tidak disebabkan perasaan
malu dengan Taufik, mahu sahaja dia melelapkan matanya di situ.
“Sayang…macam
mana makanan kat sini? Sedap?”, Taufik
bertanya sebaik sahaja pelayan selesai menghidangkan pencuci mulut. Ayuni hanya mengangguk.
“Makanlah
desert tu. Nanti aiskrimnya cair,
tak sedap pulak.”, tambah Taufik lagi. Ayuni
angguk lagi.
“Kenapa
ni? Kenyang sangat ke sampai tak larat
nak bercakap? Abang tengok mata tu pun
dah mula layu je”, Taufik tanya sambil tersenyum. Geli pula hatinya melihat keadaan Ayuni. Belum pernah lagi dia melihat Ayuni
berkelakuan seperti ini. Selalunya gadis
itu akan kelihatan malu-malu dan agak megawal setiap tindak tanduknya. Mungkin disebabkan Ayuni telah memutuskan
untuk menerimanya, maka gadis itu sudah tidak kekok lagi bila bersamanya.
“Abang…jom
kita balik”, Ayuni bersuara sambil menutup mulutnya yang mula hendak menguap.
“Amboi…dah
kenyang terus nak balik aje…habis abang ni macam mana?”,balas Taufik.
“Yelah….kita
kan dah habis makan. Nak tunggu apa
lagi? Abang ada apa-apa plan lagi
ke?”, tambah Ayuni.
“Sayang….abang
ajak sayang keluar ni bukan sebab nak makan aje. Sebenarnya abang nak berbincang dengan sayang
sikit. Mana kita ada masa nak bincang. Kalau kat ofis, sayang tu sibuk memanjang. Nak bincang kat fon aje, rasa tak best
pulak”, jelas Taufik.
“Abang
nak bincang apa?”
“Bincang
fasal kita lah…”, jawab Taufik ringkas.
“Fasal
kita? Fasal apa tu?”, Ayuni masih blur.
“Our
future”, tambah Taufik.
“Abang
dah plan nak bawa sayang jumpa my parents this weekend”, jelas
Taufik. Bulat mata Ayuni sebaik sahaja
mendengar jawapan Taufik.
“Hah??!!”,
jawab Ayuni spontan hingga ternganga mulutnya.
“Abang…why
so soon? I’m not ready yet”,
sambungnya lagi. Dia memang tidak
menyangka sama sekali Taufik akan bertindak secepat itu. Dia belum benar-benar mengenali hati budi
lelaki itu. Banyak yang ingin ditanyanya
tetapi dia tidak mahu terlalu gopoh bertindak. Dia ingin mengenali Taufik secara
perlahan-lahan dan cuba untuk menerima semua yang ada pada lelaki itu seadanya.
Tidak kira sama ada yang baik atau pun
yang buruk.
“Abang
tak nak berputih mata…”, balas Taufik. Kali
ini nada suara dan riak wajahnya serius sekali.
“Putih
mata? Maksud abang?”, soal Ayuni
bingung.
“Sayang
abang ni kan ramai peminatnya…ada yang just admire aje..tapi yang paling
abang takut tu siap ada yang berani berterus terang. That’s why abang tak nak lewat
bertindak”, suara Taufik sinis.
Erk? Mesti
Hisyam yang dimaksudkannya! Nada tegang
dan tidak senang sudah mulai kedengaran dari mulut Taufik. Bimbang perbualan santai mereka bertukar ke
nada yang lebih tegang, Ayuni akhirnya bersetuju sahaja.
“Saya
nak pakai baju apa ye?”, Ayuni cuba lari dari keadaan yang mulai tegang. Untuk megendurkan suasana dia cuba mengubah topik.
“Kan abang
dah beritahu tadi. Just be yourself. Abang suka apa yang sayang ada. Don’t worry. My parents are very sporting and
understanding. You will love after meet them”,
suara Taufik kembali ceria. Hilang wajahnya
yang serius tadi. Memang terpancar
kegembiraannya sebaliknya Ayuni yang dihambat pelbagai perasaan.
Taufik
terus sahaja menghantar Ayuni pulang sebaik sahaja kata putus dicapai. Tidak berhenti-henti mulutnya berceloteh di
sepanjang perjalanan pulang mereka. Ada-ada
sahaja yang hendak diceritakannya. Senyuman
pula tidak lekang dari bibirnya. Ayuni tidak
berkata apa-apa sebaliknya hanya menghadiahkan senyuman melayan perbualan
Taufik kerana yang sebenar matanya sudah terlalu mengantuk. Sayup-sayup dia mendengar suara Taufik dan
akhirnya lenyap dari pendengarannya. Dia
hanya tersedar apabila terasa bahunya disentuh dan namanya dipanggil.
“Sayang…kita
dah sampai ni”, lembut suara Taufik mengejut Ayuni. Ayuni membuka matanya perlahan-lahan. Dia terpinga-pinga. Entah bila dia boleh terlelap di dalam kereta
Taufik. Dia merenung Taufik seketika.
“Kenapa? Sayang nak tidur kat dalam kereta abang aje? Boleh….abang takde hal punya. Nak tunggu sayang tidur sampai siang pun abang
sanggup”, Taufik menyoal dengan suara nakalnya. Ayuni bingkas bangun sebaik sahaja mendengar
kata-kata Taufik itu. Taufik ketawa
melihat reaksi Ayuni yang agak panik itu.
Ayuni segera keluar dari kereta Taufik.
Sebelum melangkah dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Taufik.
“Thanks
for the lovely dinner. So sorry…I’m so
sleepy. Tak dapat nak layan abang
berbual tadi. Assalamualaikum..”, ujar
Ayuni. Taufik hanya membalas dengan
senyuman.
“Waalaikumsalam….It’s
ok dear..no hard feeling…have a nice dream. Love you”, balas Taufik sambil memberikan flying
kiss kepada Ayuni. Taufik segera
memandu pulang sebaik sahaja Ayuni melangkah masuk ke dalam rumah sewanya.

xske la ngan Taufik,,,
ReplyDeleteske sgt m'desak,,,
huuhuhu,,,
cpat2 la smbung next en3,,
xsbar nk taw kisahnyer,,
sabar ye RaFn!a.....saya x blh upload smpai habis.....sbb saya dpt offer dr penulisan2u utk saya hantar full manuskrip ke pihak admin utk nilaiterbit.....so, saya diingatkan jgn upload lbh dr setengah jln cerita......sabar ye....klu x brjaya utk diterbitkan, saya akan upload smpai habis utk pembaca2 novel saya....thanks sbb sudi mmbaca.....satu saya nk tanya, ok ke jalan ceritanya??
ReplyDeleteJalan citer ok cuma watak heronya si Hisham tu mcm suka ambil bekas Taufik!!
ReplyDeleteYe ke Erica? kalau Erica baca betul-betul, secara kebetulan saja Hisyam trsuka bekas Taufik. Hisyam memang admire dengan Farah tapi Farah lebih suka kt Taufik tp bila dh brcerai, Hisyam x ambil Farah pun dan Ayuni pulak, asalnya dia mmg x suka, tp secara x sengaja trsuka pulak. mgkn pengajaran utk dia agar x trlalu mmbenci jika x suka....
ReplyDeletetak kira ...jalan cerita dia ok .....buat pembaca berteka -teki apa yang berlaku seterusnye....sarafina lagi suka ayuni dengan hisham ...he !he! SO SWEET...taufik tak berapa suka watak dia walaupun baik....suka mendesak rasanye...ending dia cam mana ek shila? bila nak diterbitkan?
ReplyDelete